Hebatnya insan ini, seorang hamba Allah dari Johor sedekah CINCIN EMAS dan JAM TANGAN kepada SPJM

Admin betul2 tersentuh dengan perkongsian daripada Ust. Rafie Zainal tentang seorang hamba Allah daripada Johor yang menginfaqkan sebentuk CINCIN EMAS dan sebuah jam tangan SEIKO kepada SPJM.

Berikut adalah mesej daripada hamba Allah itu…

“Moga pemberian ini dapat dinilai dan dijual bagi bantu kerja2 amal dan dakwah SPJM. Mohon dirahsiakan di antara kita dan Allah SWT sahaja…”

Sila ikuti kisah lanjut dari FB Pengerusi Skuad Pengurusan Jen@zah Malaysia (SPJM)…

JUALAN AMAL SPJ MALAYSIA!

“Ada seorang hamba Allah dari Johor mengirimkan kepada kami dua barang berharga ini untuk dijual bagi tujuan amal SPJ Malaysia. Beliau berharap semoga dengan sumbangan ini dapat dijadikan pahala sedekah dan membantu arw4h emak dan ayahnya yang telah men1nggal dunia.

1. Cincin Emas Bercorak 916
Berat 2.89g x RM193 (kadar nilaian emas semasa)
= RM 557.77

2. Jam Tangan Wanita Berjenama Seiko (Original)
+ Bateri baru ditukar
= RM 530.00

Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya 013-322 7937. Mungkin boleh dijadikan sebagai hadiah sempena Hari Ibu!

Semoga ganjaran pahala bersedekah juga diterima berlipat kali ganda buat pembeli yang budiman dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Aamiin.”

***************SPJ MALAYSIA***************

Sebarang sumbangan untuk SPJ Malaysia boleh terus disalurkan ke akaun rasmi pertubuhan:-

*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JEN4ZAH MALAYSIA* (PPM-026-14-24012018)

CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186

-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi,
Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia
Majlis Usrah Nur Fattah
Nur Fattah Air Cond & Electrical Services
013-322 7937 (24 jam berkhidmat untuk ummah)

sumber; Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*