Perkara wajib tahu sebelum beli iphone, sebab perkara ni ramai orang terlepas pandang

Jangan beli phone mahal2 tapi kena sc4m pula nanti

Iphone dalam pasaran terbahagi kepada 3

1) Baru

2) Secondhand

3) Refurbished

Iphone baru terbahagi kepada 2 jenis

1) New set

2) Telco set

New set terbahagi 2 jenis

1) Beli dkt kedai apple

2) Beli daripada Seller selain kedai Apple

Seller selain Apple biasanya jual 2 jenis, samaada myset or set luar yg baru (import set). Sebelum beli pastikan phone tu bukan under telco unit walaupun baru okay, faham?

Phone baru ni tak takde masalah walaupun dia set luar, nak claim dkt Apple takde masalah pun. Cumanya utk set Japan tak boleh nak silent camera, sebab apa? Sebab nak elakkan orang ambik gambar spender perempuan secara senyap2 dalam train dan ada lagi sebab2 lain.

If korang terjumpa phone tu baru tapi under telco seller jual.. Apa perlu buat? Tanya phone tu buy cash or under contract. Tapi nasihat aku jangan ambik la phone telco sebab ada segelintir seller yg tak bertanggungjaw4b bila phone tu jadi no service.

Telco set. Phone telco set ni biasanya maxis, umobile or yg lain2 jual under plan dorang siap internet, so ada contract la. Sebelum nak beli tu buat research dulu, berbaloi ke tak and mampu bayar ke tak okay. Jangan tiba2 tak mampu bayar pegi jual dkt orang, tak elok macam tu

Iphone Secondhand subjektif sikit, apa yg korang perlu ambik berat adalah tengok condition phone tu betul2 jangan leka

1) phone tu pernah repair tak?

2) semua benda berfungsi dengan baik tak?

Sebab phone secondhand ni ada yg dari

1) personal unit tak pernah repair

2) import set yg seller jual

3) personal unit yg pernah rosak then dijual semula

4) import set yg seller jual tapi pernah di repair

Pernah repair atau tak pernah repair ke bukan masalah utama, yg penting iya berfungsi dgn baik. Apa yg korang perlu buat cuma tanya, phone tu pernah rosak apa sebelum ni? Kalau pernah masuk air tu cuba elakkan la, faham?

Iphone Refurbished unit Refurbished ni ada 2

1) refurbished by Apple

2) refurbished by China

Kebanyakkan yg dalam negara kita ni refurbished China, susah nak jumpa yg dari Apple

Iphone refurbished ni adalah phone yg pernah rosak, then di repair semula dan jual dengan harga yg murah sikit daripada harga iphone baru. Bagus ke tak bagus? Patut beli ke tak patut beli refurbished ni?

Bergantung pada anda, buat research dulu utk tengok seller mana yg trusted or after servis nya bagus. If ada kerosakkan dekat phone yg anda beli tu, dia boleh bertanggungjawab dan tak lepas tangan. Senang cerita proses nak claim phone lancar je takde pusing2 kona2

Sebab apa yg aku selalu nampak ada seller yg suka lepas tangan dan bagi macam2 alasan sebab malas nak claim phone tu. Apa yg dorang fikir asalkan ada sales masuk dan perut dorang kenyang

Settle semua jenis2 iphone yg ada dalam pasaran. So aku masuk topik apa yg patut di ambik berat sebelum nak beli phone baru, secondhand dan refurbished ni

Benda patut ambik berat sebelum beli:

Iphone refurbished

1) research dulu seller mana yg okay

2) tanya feedback customer lain

Iphone baru

1) if beli dari apple centre takde masalah

2) if beli dari seller, check phone tu telco unit or not

3) check warranty dah aktif ke belum

Iphone secondhand

1) check phone tu telco unit or not

2) check condition phone

Tips check condition phone

1) masukkan simkad anda check okay ke tak

2) bukak camera depan belakang, g0dek potrait mode dan semua yg ada

3) check condition battery

4) test buat call utk check speaker atas bawah dan microphone

5) pastikan semua button berfungsi

6) check 3D touch

7) check fingerprint dan face iD

8) format phone tu lagi sekali sebelum beli untuk tengok ada sangkut apple id orang lain or not

9) check touch screen

10) check ada masalah tak utk activate iMessage phone tu

11) check wifi dan Bluetooth

12) Test buat buat video call, tengok ada masalah ke tak

13) try Shake phone, kot2 ada bunyi skru tercabut dekat dalam

14) dah puas hati dengan condition phone, check poket pulak tengok ads isi ke tak

 

Sumber; Fami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*