Foto Tak Semestinya Mampu Berbicara…

Saya menerima gambar seorang wanita mengenakan pakaian sari dan berada dalam kuil 2 hari lepas. Mesej yang diterima mend4kwa penulis mesej berkenaan ada di kuil ketika mesej ditulis dan mengatakan dengan jelas bahawa wanita tersebut mengahwini seseorang beragama Hindu di kuil.

Begitulah bagaimana sesetengah daripada kita mudah terpengaruh dengan satu-satu berita begitu mudah sekali. Tanpa kita memeriksa sebetulnya apa yang berlaku. Lelaki India yang berbaju putih adalah seorang muallaf. Beliau sebelum memeluk Islam ada anak yang masih beragama Hindu. Beliau kemudiannya mengahwini wanita melayu yang mengenakan sari itu. Majlis ini adalah majlis pertunangan anak lelaki berkenaan.

Itulah kisah sebenarnya. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak menyebabkan putus hubungan keluarga, maka menghorm4ti dan menghadiri majlis keluarga selagi mana tidak terlibat dengan r1tual keagamaan adalah dibenarkan.

Malah, sikap menghorm4ti keluarga yang belum Islam adalah satu medium yang sangat baik bagi memperbetulkan salah faham terhadap agama Islam yang selalu dipersepsikan sebagai tertutup, eksklusif dan seumpamanya.

Apa yang penting adalah komunikasi antara kita. Orang Islam contohnya, ada perkara yang boleh dan tidak boleh diamalkan kerana menjaga aqidah dan kepercayaan. Berterus-terang maka kita akan dapati ramai yang boleh memahaminya.

Sudah beberapa tahun saya menghadiri majlis Ponggal dengan kefahaman bahawa ia adalah hanya budaya. Tahun lepas, setelah berbincang panjang dengan salah seorang sahabat beragama Hindu dan menelaah pandangan para ulama’, maka fahamlah saya ia adalah acara keagamaan.

Sahabat saya yang beragama HIndu itu dengan baik hati menasihati saya agar hanya hadir ke majlis ponggal setelah r1tual keagamaan selesai. Begitulah hasilnya apabila kita benar-benar berkomunikasi dengan betul.

Dalam suasana hubungan antara kaum yang agak r4puh kini, saya percaya, kita boleh sama-sama raw4ti dan perbaikinya. Kita wajar lebih banyak bertukar-tukar fikiran dan menghorm4ti prinsip masing-masing. Perpaduan tidak mustahil. Jangan sebar berita yang meros4kkan perpaduan tanpa kita ketahui kisah sebenarnya.

Kredit; My Pro Leaders

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*