Orang dulu beribadat 10 tahun vs KITA pula TIDUR 20 tahun

Zaman Bani 1srael ada sekumpulan manusia yg dinamakan “ahli ibadat” atau “Abid”. Mereka duduk dalam rumah ibadat mencecah 10 tahun, dan ada juga lebih dari itu. Kisah sebegini biasa kita dengar. Itu tidak menghairankan kerana umur mereka panjang2, mencecah ratusan tahun.

Bayangkan Nabi Ibrahim berkhat@n ketika berumur 80 tahun. Kita pula, ramai mat1 sebelum berumur 80 tahun.

Sedarkah kita, kalaulah berumur 60 tahun, kita tidur selama 20 tahun. Tak percaya? Berapa jam kita tidur sehari semalam? Antara 6-7 jam sehari kan? Ini bermakna, kita tidur selama 1/3 dari waktu hidup.

Oleh sebab itu, orang dahulu beribadat 10 tahun itu biasa aja. Kita pula tidur selama 20 tu memang pasti (kalau berumur 60 tahun). Mereka banyak ibadat, kita pula banyak tidur sebab umur mereka panjang, umur kita pendek.

Oleh kerana umur kita singkat, Allah berikan Ramadan yang penuh kelebihan supaya menyamai umat terdahulu. Rebutlah peluang sementara peluang masih ada.

Kelebihan Satu Malam Laylatul Qadar menyamai 1000 bulan atau 84 tahun. Kalaulah berjumpa dengan 1 malam sahaja, bagaikan beribadat 84 tahun. Kalau dalam seumur hidupnya jumpa dengan 5 Laylatul Qadar? Tidakkah ia menyamai umat terdahulu.

Wahai orang inginkan kebaikan, marilah.
Wahai orang inginkan keburokan, berhentilah.

#DrMuhammadFaisal#

Kredit sumber; Wan Haswari Wan Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*