Siapa sangka tempat yg jauhnya beribu km namun paling dekat di hati kita…

Siapa sangka tempat yang jauh beribu-ribu km inilah paling dekat berada dalam hati kita. Saban hari asyik teringat. Sesetengah orang hanya memandangnya sebagai bangunan biasa. Namun bagi kita, ia lebih daripada itu.

Di sanalah segala cinta berputik.
Di sanalah amalan kebajikan dilipat gandakan Tuhan.
Di sanalah tempat Sang Rasul berdakwah siang dan malam.

Di sanalah sumber kisah-kisah yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis.
Di sanalah terasa damainya walau tenggel4m dalam lautan manusia yang berjuta.

Inilah kota yang didoakan oleh bapa kita semua, Nabi Ibrahim AS suatu ketika dahulu. Sehingga diabadikan oleh Rabb di dalam al-Quran. Moga rindu dan cinta ini tidak akan padam.

“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), sebuah negeri yang aman dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku dari menyemb4h berh4la-berh4la.”

Kredit; Najmi Farisham
Kredit foto; Haramain Sharifain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*