Ratu Dangdut, Ratu Gedik tak sempat dinobat, kena angkut dgn trak MPKB-BRI

KOTA BHARU: Keasyikan lebih 20 pengunjung pusat karaoke dangdut berhibur dan melayan perasaan terus1k apabila pihak berkuasa melakukan serbu4n di premis berkenaan menjelang tengah malam tadi.  Lokasinya merupakan sebuah restoran yang terletak di pinggir Kota Bharu.

Mereka yang ada dalam premis tersebut terdiri daripada 11 lelaki dan 12 wanita yang sedang mengikuti satu pertandingan nyanyian. Seorang daripada lelaki terbab1t juga merupakan bekas peserta siri realiti televisyen.

Pertandingan nyanyian itu pula turut disertai wanita warga emas sudah bergelar nenek!

Berdasarkan hadiah hamper yang disediakan penganjur, ada beberapa kategori disediakan, termasuk Ratu Gedik, Ratu Dangdut dan Penyanyi Lelaki Terbaik. Difahamkan artis program realiti TV itu dibawa khas oleh penganjur untuk menjadi juri pertandingan karaoke berkenaan.

Pertandingan tersebut bagaimanapun berakhir selepas anggota keselamatan dari P0lis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) melaksanakan 0perasi N0da Khas.

Pemer1ksaan mendapati aktiviti karaoke di premis terbab1t dijalankan tanpa lesen.

Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Hariss Ghazali, berkata serbu4n itu bermula kira-kira jam 11.20 malam diketuai oleh Pegawai Cawangan D7 Ibu pejabat P0lis Kontinjen Kelantan, 1nspektor Muhamad Farid Abu Othman.

Katanya, pemer1ksaan mendapati 11 lelaki dan 12 wanita berada di dalam bilik dan menyertai pertandingan lagu karoake.

“Pihak berkuasa juga menah4n seorang lelaki yang juga pemilik kedai merangkap penganjur pertandingan serta meramp4s peralatan karaoke. “Semua individu berusia 35 hingga 65 tahun itu dik0mpaun di bawah Peraturan 10 Akta Penceg4han dan Pengawal4n Penyak1t Berjangk1t 1988,” katanya.

Kesemua individu terbab1t dibawa ke Ibu Pejabat P0lis Daerah Kota Bharu dengan menaiki sebuah trak MPKB-BRI untuk t1ndakan lanjut pihak berkuasa. Dalam serbu4n itu juga, difahamkan empat wanita dikenakan t1ndakan oleh Jaheik kerana berpakaian tidak sopan serta tidak menutup aurat.

Kredit; MKini via Kelantan State

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*