Dr Ahmad Sanusi – Ceritakan Pada Anak Lelakimu Peribadi Rasulullah SAW

1. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah ﷺ itu berperwatakan jantan, bukan berpenampilan p0ndan macam artis bumi ‘Winter S0nata’. Pernah suatu ketika terdengar satu pek1kan di Madinah yang membuatkan penduduk Madinah menjadi gemp4r.

Anas bin Malik menceritakan bagaimana ramai lelaki bergegas untuk mendekati bunyi tersebut. Sesampai di sana mereka mendapati Rasulullah ﷺ dengan pedangnya telah sampai dan Baginda berkata:

لم تراعوا لم تراعوا فقال النبي صلى الله عليه وسلم وجدته بحرا يعني الفرس

“Jangan bimbang semua, jangan bimbang. Aku mendapati kuda ini (punca kepada bunyi tadi). (HR al-Tirmizi).

Hadith ini menggambarkan kejantanan Rasulullah ﷺ. Keluar seorang diri dengan pedangnya, mencari punca yang menjadi ket@kutan penduduk Madinah.

2. Ceritakan kepada anak lelaki bahawa Rasulullah ﷺ itu adalah panglima per@ng yang memimpin kurang lebih 29 peper@ngan. Baginda ﷺ sejak usia yang muda telah menyertai peper@ngan Fijar (sebahagian riwayat menyatakan usia Baginda  14, 15 atau 20 tahun). Sabda Rasulullah ﷺ:

كنت أنبل على أعمامي

“Aku membantu pakcikku dalam menyediakan anak panah buat mereka (dalam Per@ng al-Fijar).” (Ibn Kathir, Bidayah wa al-Nihayah).

3. Ceritakan juga pada anak lelaki bahawa Rasulullah ﷺ dengan kejantanan Baginda ﷺ, beliau sangat memuliakan serta menyantuni wanita. Dalam sebuah perjalanan, Rasulullah ﷺ pernah membawa Anjashah sebagai jurupandu unta buat isteri-isteri Nabi.

Ketika melihat Anjasha membawa unta dengan laju Rasulullah ﷺ mengarahkan Anjashah supaya memperlahankan unta tersebut kerana khuatir situasi tersebut boleh menyak1ti isteri Baginda yang berada di atas tunggangan tersebut. Sabda Rasulullah ﷺ:

رُوَيْدَكَ يَا أَنْجَشَةُ، سَوْقَكَ بِالْقَوَارِيرِ

“ Perlahan sedikit wahai Anjashah, sesungguhnya (diatas tunggangan itu adalah wanita yang seperti) kaca-kaca (yang dimaksudkan adalah para isteri Baginda ﷺ).”

4. Dalam ketegasan Baginda ﷺ sebagai pemimpin, Baginda ﷺ juga adalah seorang yang gentleman. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah ﷺ menyantuni isteri-isteri Baginda ﷺ.

Menurut Anas bin Malik, beliau pernah melihat Rasulullah ﷺ menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat Sofiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda ﷺ juga duduk sedikit supaya Sofiyyah boleh memijak lutut (kaki) Baginda ﷺ untuk dia naik ke atas tunggangannya.

Moga Allah membimbing para pemuda kita.

sumber; Dr Ahmad Sanusi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*