Dr Ahmad Sanusi – Balik Rumah, Peluklah Anak…

1. Berat mana pun urusan kerja kita, bila sampai dirumah nanti, peluklah anak. Menzahirkan sifat sayang kepada anak ini adalah Sunnah Rasulullah. Abu Hurairah menceritakan bagaimana suatu hari Rasulullah dilihat mencium Saidina Hasan, cucu Baginda Nabi. Melihatkan perkara itu al-Aqra’ ibn Habis berkata:

إن لي عشرة من الولد ما قبّلت منهم أحدًا

“Aku mempunyai 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium seorang pun dari mereka.”

2. Mendengar kata-kata al-Aqra’ tadi, Rasulullah melihat wajahnya lalu bersabda:

من لا يَرحم لا يُرحم

“Siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” (HR al-Bukhari) Bererti, Rasulullah sangat menegaskan keperluan untuk menyayangi anak kecil dan menzahirkan rasa kasih kepada anak.

3. Justeru, apabila anak datang berlari meluru kepada kita ketika kita sampai dirumah, peluklah mereka. Kerana dalam tempoh ini mereka masih lagi berlari dan meluru ke arah kita. Esok bila dah besar, belum tentu mereka akan datang dan meluru kepada kita.

Sayangi keluarga anda.

Sueperdoofus

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*