Bernafas dan sendawa bau durian – Bagaimana Cara Atasinya?

Anda mengalami masalah nafas dan sedawa berbau selepas makan durian? Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian. Namun demikian, terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian

Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANT1 K4NSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH atau DURIAN, perut akan jadi kurang selesa. Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.

“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu” “MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih.

Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian iaitu “MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”

Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian. Walaubagaimanapun sifat ANTIKANSER akan BERKURANG

Selamat Mencuba!

Sumber; DrSuriRoowi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*